
Anonymous
4 tahun
Haid berwarna hitam
Sy wanita berusia 30 tahun dan masih bujang, sy nak tnya sblm nie selalunya hari pertama sy mendapat tanda haid warna hitam,tp hari kedua dan seterusnya haid berwarna merah seperti sedia kala, tp kali nie hari ke empat masih lagi haid berwrna hitam,tp area bawah perut rasa sakit…dan selalunya akan senggugut untk turun darah haid yg lancar…bole dr jelaskan keadaan sy nie serius atau perkara biasa?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Berkenaan dengan darah haid yang kelihatan hitam, ia biasanya disebabkan oleh darah yang telah lama berada di dalam rahim. Ini disebabkan oleh aliran darah haid yang perlahan pada awal haid meyebabkan ia berada lebih lama di dalam rahim atau merupakan baki darah haid anda pada kitaran haid yang lalu. Warna hitam atau lebih gelap ini terhasil akibat darah yang teroksida.
Biasanya darah hitam ini adalah sesuatu yang normal. Namun begitu, jika anda mengalami gejala lain seperti
- Sakit perut haid yang teruk
- Haid terlalu lama
- Haid terlalu banyak
- Kitaran haid yang tidak teratur
- Sakit ketika melakukan hubungan seksual
- Kesukaran mengandung
Anda perlulah merujuk perkara ini untuk pemeriksaan lanjut agar punca masalah ini dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.