
biellaidros
5 tahun
Haid dan Levonorgestrel
Apa akan jadi kalau saya makan morning after pill sehari sebelum darah haid saya dijangkakan turun?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, morning after pill levonorgestrel merupakan pil yang mengandungi hormon. Oleh itu, pengambilan pil ini boleh mengganggu kitaran haid anda. Sekiranya haid anda tidak datang atau berpanjangan, atau anda menghadapi gejala lain yang membimbangkan, sila rujuk kepada doktor dengan segera.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.