
Anonymous
4 tahun
Haid dan masalah kesihatan lain
Saya wanita berumur 25 tahun dan belum berkahwin ,bulan ini saya tidak datang haid tapi bulan lalu haid saya lancar …
Saya rasa sakit bahagian ulu hati dan kadang sakit kencing yang mau terkencing rasa ada yang tinggal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Kedatangan haid yang lambat berlaku akibat pelbagai sebab selain daripada kehamilan.
- Tekanan hidup.Tekanan boleh mengubah tahap hormon anda, menukar rutin harian anda, dan juga menjejaskan bahagian otak anda yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran haid anda iaitu kelenjar hypothalamus.
- Berat badan yang rendah juga akan mempengaruhi kitaran haid seseorang. Wanita dengan gangguan pemakanan, seperti anoreksia nervosa atau bulimia, mungkin mengalami ketiadaan haid untuk tempoh yang lama.
- Akitivit fizikal yang melampau seperti maraton juga boleh menghentikan kitaran haid juga. Sama seperti berat badan yang rendah boleh menyebabkan perubahan hormon, begitu juga dengan berat badan berlebihan.
- Penggunaan pil perancang keluarga yang menghalang ovari anda daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga enam bulan untuk kitaran anda menjadi konsisten lagi selepas menghentikan pil.
Terdapat pelbagai punca masalah ketika kencing. Simptom kerap kencing dan sakit selalunya boleh disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing, pundi kecing atau buah pinggang atau jangkitan penyakit kelamin. Namun begitu, sesetengah perkara seperti pengambilan minuman bekafin, alkohol atau masalah “urinary incontinence”, “overactive bladder” dan juga penyakit kencing manis boleh menyebabkan masalah kerap kencing. Bagi sesetengah pesakit, kemalangan, kecederaan, postur yang tidak betul serta kerap mengangkat barang berat boleh menyebabkan masalah kepada pundi dan saluran kencing.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.