
Sulit
5 tahun
Haid dan pil postinor
Haid saya bermula pada 17/10 dan berakhir pada 23/10. Saya telah melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan dan saya telah mengambil pil postinor selepas itu. Harini saya dapati terdapat darah yang keluar dari pagi sampai malam. Adakah itu darah haid atau darah kesan drpd penggunaan pil tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, Postinor- adalah sejenis pil perancang kecemasan yang berfungsi mencegah kehamilan dengan cara melambatkan ovulasi. Harus rus diketahui bahawa kesan samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor-2 adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Perdarahan yang dimaksudkan adalah perdarahan dari organ seksual yang biasanya mirip haid.
Bagi info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.