
nazminadir
6 tahun
Haid datang awal dan darah sedikit
Saya wanita berumur 25 tahun , 2 minggu lepas saya ada berhubungan seks , sejurus selepss itu saya terus makan pil postinor 2 dlm masa kurang 2 jam selepas bersama , sy dijangka period dlm 23/1/19 . Tetapi pada hari ini 21/1 sy mengalami pendarahan sedikit dan agak cair sukatan dalam satu sudu , saya agak risau , last period saya 23/12/18. Adakah itu kesan pil postinor doc ataupun itu tanda2 kehamilan ? Thank u doc

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pil postinor adalah efektif jika diambil dalam tempoh 72 jam selepas melakukan hubungan seksual. Namun begitu risiko kehamilan masih boleh terjadi walaupun begitu rendah.
Pendarahan yang sedikit boleh menjadi tanda hamil, boleh disebabkan oleh pil postinor dan juga berkemungkinan adalah haid anda.
Haid yang lewat atau awal dalam tempoh sehingga 2 minggu adalah normal dan biasa terjadi dalam kalangan wanita. Sila dapatkan ujian kehamilan dan pemeriksaan doktor sekiranya haid anda masih belum datang selepas tempoh tersebut.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.