
ina_salsabila
5 tahun
Haid Datang dua kali jarak dekat dalam sebulan
Saya ada masalah haid Datang berulang dalam jarak yang dekat dalam bulan yang sama. Saya Juga jadi letih bila haid jadi begini.baru2x ni darah haid saya Datang 13 hari Selepas itu stop 4 hari Dan sambung semula hingga hari ini.Sata jadi letih untuk buat kerja harian Dan Rasa mengantuk sepanjang masa Di damping itu saya jugak Ketapi sahaja Dan panas kencing pun Kerap.buat pengetahuan doktor saya memang pesakit endometriosis Dan Ada ovari cyst bersaiz 4.3cm.Cuma masalah haid tak teratur baru berlaku dalam masa dua bulan ini. Saya jadi risau Dan stress bila fikir masalah yng berlaku skrg. Mohon doktor dapat memberi pendapat Dan nasihat kepada saya. Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor…
Haid tidak tidak teratur mempunya pelbagai sebab selain daripada kehamilan seperti :
- Tekanan hidup. Tekanan boleh mengubah tahap hormon anda, menukar rutin harian anda, dan juga menjejaskan bahagian otak anda yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran haid anda iaitu kelenjar hypothalamus.
- Berat badan yang rendah juga akan mempengaruhi kitaran haid seseorang. Wanita dengan gangguan pemakanan, seperti anoreksia nervosa atau bulimia, mungkin mengalami ketiadaan haid untuk tempoh yang lama.
- Akitivit fizikal yang melampau seperti maraton juga boleh menghentikan kitaran haid juga. Sama seperti berat badan yang rendah boleh menyebabkan perubahan hormon, begitu juga dengan berat badan berlebihan.
- Penggunaan pil perancang keluarga yang menghalang ovari anda daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga enam bulan untuk kitaran anda menjadi konsisten lagi selepas menghentikan pil.
- Masalah reproduktif wanita seperti PCOS, fibroid atau endometriosis
Antara cara doktor untuk membetulkan haid teratur adalah dengan pengambilan pil kontrasepsi. Pil kontrasepsi bukan sahaja untuk mencegah kehamilan tetapi ia juga dapat membantu dalam masalah hormon seperti keadaan puan.
Untuk , maklumat lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih!