
jihakenobi
6 tahun
Haid datang lambat sebulan
Saya wanita umur 45 tahun. Beberapa bulan terakhir ni haid saya mula tak teratur kadang datang tapi sedikit. Bulan ni saya dah lambat haid lebih kurang sebulan. Saya berasa risau tapi saya yakin saya tak hamil. Jadi apa yang patut saya lakukan. Tq doktor

6 tahun
Terima kasih atas soalan, puan… Saya berharap saya akan dapat menjawab semua soalan puan.
Terdapat beberapa sebab yang menyumbang kepada lambat datang haid,antaranya ialah:
Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
4)Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.