
Sulit
3 tahun
Haid Datang Lambat Selepas Ambil Pil Postinor
Adakah haid teragnggu selepas pengambilan pil kecemasan dan saya tlah mngmbilanya 2 biji skligus utk elak dari hamil kerana suami terbuang dalam.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkaitan dengan perubahan period anda, haid datang lambat. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda mengalami ini adalah biasa selepas anda mengambil sebarang pil perancang, atau sebarang perancangan lain.
Selain itu, gejala ini juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara lain, contohnya:
- Stress
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Bersenam berlebihan
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Kecederaan atau penyakit pada tempat kemaluan
Faktor-faktor atas biasanya menyebabkan gejala yang anda mengalami ini. Punca gejala yang serupa sekali ini amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan