
Sulit
3 tahun
Haid Datang Lewat 5 hari
Hi doktor. Isteri saya lambat mengalami haid… sudah 5 hari. Dia risau dia mempunyai cyst. Sebab dia memaklumkan pada saya dia mengalami beberapa simptom, iaitu perut sedikit buncit dan selalu rasa pergerakan ‘angin’ dalam badan. Mohon doktor memberi penjelasan. Terima kasih.

3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!