
Sulit
4 tahun
Haid datang lewat lebih dari tarikh
SAYA WANITA BERUMUR 35 THN,NK TANYA DOKTOR,NORMAL KE KALAU LMBT DTG PERIOD. LAST SAYA DTG PERIOD MASA 15/01,TETAPI SMPAI HARI INI MASIH TIDAK PERIOD LG,SAYA BKNNYA MENGANDUNG,TETAPI SAYA HAIRAN KNP PERIOD LMBT BLN INI,SAYA TIDAK PRNH MENGALAMI SITUASI BEGINI
INI MEMBUATKAN PERASAAN JADI BERTAMBAH RISAU

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid lewat.
Untuk makluman anda, selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!