
Sulit
4 tahun
Haid datang lewat sedangkan sebelum ni tiada masalah tentang period
Saya wanita berumur 22 tahun masih bujang dan tidak pernah membuat hubungan sexsual.Last saya period 30/10 tetapi pd bulan 11 saya tk dtg haid sehingga sekarang sudah masuk bln 12.Sedangkan sebelum ni
Saya tiada masalh tentang haid dan period tiap2 bln. Adakah ini normal untuk wanita mcm saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
kami faham situasi yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa kitaran haid seseorang wanita terganggu dan menyebabkan haid datang lewat, seperti:
- Jadual yang terlalu padat
- Aktiviti harian yang terlalu sibuk dan aktif
- Umur; kitaran haid boleh menjadi tidak menentu pada usia remaja dan ketika menghampiri menopaus
- Berat badan; berat badan yang berlebihan dapat mengubah dan mengganggu kitaran haid seseorang
- Sindrom polisistik ovari (PCOS)
- Ketidakseimbangan hormon di dalam badan
- Ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah pandangan kami secara am dan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenarnya dan supaya anda menerima rawatan yang sesuai.
Jika anda mempunyai pertanyaan lain, hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.