
Sulit
4 tahun
Haid datang lewat sudah melebihi hampir dua minggu dari tarikh yg sepatutnya dan apakah yg perlu saya lakukan
Hai doktor. Saya berumur 20 tahun, sudah berkawin. Kitaran haid saya tidak teratur sejak bulan lepas ambil morning after pil pada bulan ogos 2020. Biasanya haid dtg lebih kurang minggu pertama setiap bulan. Pada ogos haid saya hanya sekitar 4 hari. Dan bulan ini saya masih belum dtg haid. Pada ogos haid saya dtg pada 9/9. Apakah yg saya perlu lakukan. Saya tidak alamani sebarang simptom simpton kehamilan. Saya ada alami sedikit tekanan emosi. Dan hampir setiap hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah haid yang tidak teratur. Saya berharap anda bersabar dan mengambil rehat secukupnya bagi mengawal emosi anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak sebab berlakunya haid tidak teratur antaranya :
- Pengambilan ubat kontraseptif
- Ketidakseimbangan hormon
- Ovulasi atau Ovulation Spotting
- Penyakit yang menyebabkan anda tidak berovulasi
- Masalah tiroid
- Stress atau kegelisahan
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Endometriosis (Ketumbuhan tisu rahim pada luar rahim)
- Ketumbuhan polip atau fibroid
- Jangkitan kuman pada serviks atau rahim
- Kehamilan ektopik
- Kanser rahim atau ovari
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan maklumat yang anda berikan, boleh jadi haid tidak teratut ini disebabkan oleh pengambilan pil kontraseptif. Antara kesan sampingan pengambilan pil adalah :
- Keletihan
- Mual
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
- Pening
- Sakit kepala
- Sakit payudara
- Pendarahan faraj
- Tindak balas kulit
- Haid tidak teratur
- Pendarahan
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya gejala yang anda alami berpanjangan, saya menasihatkan anda untu berjumpa dengan Doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.