
irfan.mukhriz11
4 tahun
Haid datang sebelum habis makan pil perancang
saya wanita berumur 34 tahun. msalah saya, saya ada mengambil pil perancang marvellon… sebelum ni haid saya normal sahaja.selepas habis mengambil pil perancang, haid saya akn selepas 3 hari. tetapi sekarang saya datang haid sebelum habis makan ubat perancnag tersebut… adakah itu normal… tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil tersebut boleh memberi kesan sampingan seperti berikut. Antaranya:
- mual/loya
- mengubah kitaran haid (haid awal/ lewat/ berpanjangan/ berlebihan)
- sakit kepala
- mengurangkan nafsu seksual
- perut kembung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.