
Sulit
4 tahun
Haid datang selama 2 bulan tanpa henti
Saya berumur 24 thn , sudah 3 tahun berkahwin . Haid saya dah datang selama 2 bulan tanpa henti kenapa ya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang berpanjangan. Secara umum, terdapat beberapa penyebab terjadinya masalah haid yang berpanjangan, antaranya ialah:
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis ( pelvic inflammatory diseases )
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda perlu segera berjumpa doktor, sekiranya mengalami:
- Pitam atau kelesuan badan
- Kejang atau menggigil
- Mual dan muntah
- Pening atau sakit kepala yang berat
- Aktiviti atau kerja harian amat terganggu
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi untuk penerangan lanjut. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih