
Sulit
4 tahun
Haid datang selepas bersama
Hai, saya telah bersama suami saya pada 8/3 iaitu hari ke 21 menstrual cycle. Saya ovulasi pada 19/3. Tapi suami saya tidak memasukkan zakarnya kedalam, hanya pada permukaan luar vagina dan memasukkan sedikit kepalanya. Tetapi tidak lama dan air mazi pun tiada. Kemudian kami melakukan oral sex dan tidak memasukkan zakar ke dalam. Saya tidak bersama dengan suami saya lagi selepas itu. Pada 20/3, haid saya datang seperti biasa, heavy flow. Saya juga turut mengalami senggugut pada hari pertama dan kedua haid saya di mana memang setiap bulan saya akan mengalami senggugut. Tetapi, saya masih khuatir, masih adakah potensi untuk saya hamil? Saya masih bimbang, tetapi itulah kali terakhir kami bersama. Apa jawapannya doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, setiap hubungan kelamin tanpa perlindungan boleh menyebabkan kehamilan. Air mani yang mengandungi sperma boleh keluar sebelum hubungan kelamin itu bermula. Air mazi juga mempunyai sperma. Oleh itu, air mani boleh saja telah memasuki faraj pasangan walaupun belum ejakulasi atau “pancut”. Selain itu, air mani boleh kekal di permukaan kemaluan pasangan walaupun anda telah ejakulasi luar. Jika memasukkan kemaluan ke dalam farajnya selepas ejakulasi, air mani yang mengandungi sperma tetap boleh masuk ke dalam rahimnya. Selagi tidak memakai kondom atau tidak menggunakan sebarang pencegahan kehamilan, maka setiap hubungan kelamin yang tidak berpelindungan berupaya menyebabkan kehamilan kepada pasangan . Oleh itu, boleh dikatakan peluang hamil tetap ada, tetapi bukanlah 100%.
Namun, sekiranya haid datang ia menandakan bahawa anda tidak hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.