Anonymous
6 tahun
Haid datang tempoh melebihi 15 hari
anak perempuan saya berusia 13thn dan mula dtg haid, masalah timbul baginya masuk bulan ke 4 ini period nya dtg agak lama hampir melebihi 15hari…mohon doktor memberi pencerahan, warna dan darah adalah biasa seperti period biasa tq
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Haid berpanjangan pada usia 13 tahun boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat faktor umur (muda), diabetes, obesity, atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Masalah pembekuan darah
- Kesan ubat sepert aspirin/ibuprofen
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































