Anonymous
6 tahun
Haid dtg lg slps abis waktunya
Sy wanita berusia 39 thn… Period sy every mnth regular… Baru ni 30hb jun dtg period hingga 8hb jul 19…18 hb jul… Ade kuar darah blk… Sikit sikit… Tp kdg-kdg ade drh berketul kluar… Smpi harini msih ade drh… Sy ade pg klinik… Doc bg ubt tahan sakit, vit (sangobion) n garam (mineral) utk tenaga… Ubt tu sy dh mkn dr kamis 18hb tu… Tp drh still kluar… Ape patut sy buat… Risau… Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjut seperti scan dan supaya dapat diberikan rawatan yang tepat. Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



























