
Sulit
5 tahun
Haid keluar dah 9 hari
Saya fiza berusia 33tahun,dah berkahwin 9 tahun tp blm di kurniakan zuriat…masalah saya sekarang,saya haid lama sangat…tak pernah berlaku dengan saya selama ni…ini kali pertama. Kenapa ye? Risau juga…tapi darah tak la banyak sangat,tp masa kita cuci alat kita tu,ada keluar darah ketul sedikit2. …boleh doktor bantu saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang sering tidak diketahui
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks - sekiranya terdapat sejarah positif pap smear, keluarga mempunyai kanser rahim
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat aspirin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.