
Sulit
5 tahun
Haid keluar sedikit Dan berwarna coklat cair
Saya wanita berumur 28 tahun. Saya sudah berkahwin Dan belum mempunyai anak Selepas saya keguguran 4 tahun yang lepas haid Saya menjadi tidak teratur. Haid Saya datang 2 Kali dalam sebulan Sekarang sudah Hari ke 10 period saya datang.Hari yang paling lama Saya datang haid Dan sedikit. Datang dalam kuantiti yang sedikit dan berwarna coklat cair. Adakah darah yang datang itu dikategorikan darah haid atau istihadah.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengenalpasti masalah yang anda hadapi, kami memerlukan lebih maklumat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.