
Sulit
4 tahun
Haid keluar sedikit selama 2 hari
saya wanita berumur 20 tahun.haid saya keluar sedikit selama 2 hari ini dan berwarna coklat.boleh saya tahu knp. saya bimbang kerana ia tidak pernah berlaku.pada bulan lepas juga saya datang haid dua kali sebulan kemudian. saya juga menjalankan hubungan intim tapi pasangan saya hanua memasukkn jari sahaja adakah ia adalah punca??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Untuk makluman anda, jumlah darah haid normal adalah antara 10-35 ml darah sepanjang kitaran haid.Untuk memastikan sama ada anda mempunyai sebarang masalah kesihatan berdasarkan darah haid yang sedikit adalah sukar kerana maklumat lanjut adalah diperlukan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah berwarna coklat yang keluar dari faraj boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.