
Anonymous
6 tahun
Haid keluar tempoh yang panjang
Umur sy 38 thn…sy ada masalah haid yg keluar utk temponh yg panjang…selama 23 hari dan haei ini daeah masih lg keluar…kuantiti darah tidak banyak…tp keluar…sy x perlu tukar 2@4 jam sekali…harap dr blh jawab soalan sy.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Haid dengan kitaran yang panjang boleh dipanggil “menorrhagia”: Pendarahan rahim pada masa yang berpanjangan terutamanya di antara tempoh haid yang dijangkakan. Menorrhagia boleh menjadi tanda gangguan asas, seperti ketidakseimbangan hormon, endometriosis, fibroid rahim ,pengunaan ubat .masalah thyroid , Menorrhagia boleh mendatagkan kesan kesan kepada anda .
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.