Anonymous
6 tahun
Haid lambat 1 bulan tapi tak hamil
Doktor ni saya Nak tanyak, saya bulan may 22 first datang uzur 28 last uzur. Pada bulan June tak datang uzur langsung, tapi tak hamil, apa sebab kesihatan saya
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Punca-punca yang boleh menyebabkan haid tidak teratur termasuk:
• Gangguan hormon seperti pituitari atau hypothalamus
- Gangguan emosi atau tekanan
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Berat badan berkurang secara drastik atau berlebihan
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid - Masalah reproduktif wanita seperti ovari
Purata kitaran haid adalah 28 hari. Kitaran boleh berlaku antara 21 hingga 35 hari pada wanita yang berdewasa dan 21 hingga 45 hari pada remaja muda.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.
























