Sulit
4 tahun
Haid lambat 11 hari, kerap kencing dan perut memulas
Salam sejahtera. Pertama saya nak cakap yang memang tiap tiap bulan period saya tidak teratur kadang awal bulan, kadang tengah bulan dan kadang akhir bulan. Tetapi bulan lepas period saya jatuh pada 18hb tetapi bulan ni sehingga sekarang saya masih belum datang period lagi. Saya juga sudah 3 bulan tidak bercuti kerja disebabkan terlalu sibuk di tempat kerja. Lagi satu, pada minggu lepas saya ada keputihan 2 hari tetapi lepas itu terus tiada, bersih macam tu. Saya juga kerap kencing dan perut memulas. Boleh saya tahu masalah saya secara am?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, haid tidak teratur/lewat, kerap kencing dan perut memulas boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya
- Stress
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Kesan pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
- Penyakit puan seperti PCOS, sista, fibroid dan lain
- Jangkitan (pada kemaluan atau saluran kencing)
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.
























