
Sulit
3 tahun
Haid lambat 15 hari tapi upt negatif
selamat pagi dr. sy berumur 27 tahun dan sudah berkahwin. sy sudah lambat haid selama 14-15hari. haid terakhir sy adalah pada 23 Dec 2021. sy sudah melakukan upt bberapa kali dari mgunakan upt murah sehinggal mahal (clearblue) tetapi hasilnya mengecewakan. pagi td sy ada melakukan upt juga tetapi hasilnya negatif. 2hari lalu sy ada mengalami keputihan berwarna coklat. apakah masalah sy dr? tkasih

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat.
Ataupun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.