
Sulit
4 tahun
Haid lambat 2 minggu
hello doktor. saya dan bf buat hubungan tetapi tidak masuk hanya diluar . bf saya kluarkan air di dada saya dan saya tidak pasti sama ade air itu mengalir dekat saya punya private part. saya dah period 2kali tetapi kali ini period saya lambat dah 2 minggu.saya telah buat UPT tetapi negatif . mohon pencerahan doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hello dan selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid lewat.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perubahan pada kitaran haid wanita. Antaranya ialah:
- masalah gaya hidup
-tekanan stres
-masalah kekurangan berat badan atau kehilangan berat badan secara mendadak
-senaman yang terlalu banyak
-kelebihan berat badan atau obesiti - kehamilan
- masalah dengan rahim, ovari atau faraj
- kontraseptif
- Sindrom ovari polisistik (PCOS)
- Penyakit-penyakit lain seperti penyakit jantung, tiroid yang terlalu aktif, kencing manis yang tidak terkawal atau menopaus pramatang juga boleh menyebabkan haid yang lewat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid lewat ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!