Sulit
4 tahun
Haid lambat 2hari, telah membuat pregnancy test sekitar 1 minggu yang lalu namun negative
Saya berumur 23tahun dan telah berkahwin saya tidak mempunyai apa apa masalah haid dan tidak pernah lambat tetapi haid saya sudah lambat 2hari walaupun saya merasakan tanda tanda haid itu sendiri cuma kalini saya rasa begitu ketara kerana saya menjadi sangat mudah letih dan sakit tubuh terutama pada bahagian dada dan ari ari, saya syak saya hamil namun saya telah membuat pregnancy test sekitar 1 minggu yang lalu, dan resultnya adalah negative. adakah ini normal?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang telah diajukan
Berdasarkan keterangan yang diberikan, saya memahami anda mengalami masalah haid lewat selama 2 hari
Untuk pengetahuan anda, antara punca haid lewat adalah seperti:
- Tekanan emosi
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Kesan sampingan pil perancang kehamilan
Penyakit yang lebih serius yang boleh menyebabkan gejala haid tidak datang yang memerlukan pemeriksaan lanjut adalah:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovaro atau serviks
Anda boleh cuba untuk melakukan ujian kehamilan selepas 2 minggu mengalami haid lewat untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.
Kesan haid tidak datang bergantung kepada punca-puncanya. Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi

























