
Sulit
5 tahun
Haid lambat datang selepas makan ubat postinor 2 . haid sy sudah lebih 2 minggu tak dtg selepas makan ubat postinor dan sudah lebih sebulan dri melakukn hubungan. tetapi sy check kehamilan masih menunjukkan negative
Selepas makan ubat postinor 2 pada 20 hb selepas 3 hari 23 sy mengalami seperti haid selama 5 hari . tetapi pada 19hb sy baru saja hbis period . dan pada bulan 4 ini hingga sekarang sy belum period adakah ini kesan ubat? . kerana sy sudah check hamil atau tdak sebanyak 3 kali pada 20 april 27 april dan 28 tetapi masih tidak menunjuk kn sy hamil .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Gejala-gejala yang and hadapi boleh disebabkan oleh kesan sampingan pengambilan pil postinor, atau disebabkan oleh perkara lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.