Anonymous
6 tahun
Haid lambat selama 22 hari
saya berumur 21 tahun. sudah berkahwin. last haid saya ialah 4 May sehingga 10 May. utk bulan Jun belum ada haid lagi. kemudian bulan April lepas, 1 bulan tak datang haid. bulan Mac masih normal 14 hingga 20 Mac. Saya sudah membuat ujian UPT namun masih negative. Saya akan pergi ke klinik sekiranya 4 Julai nanti saya tidak haid. Adakah saya hamil?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan haid yang lewat selain kehamilan, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Perubahan diet secara drastik
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


























