Sulit
4 tahun
Haid lambat seminggu dan selepas itu darah keluar sedikit
Salam sejahtera doktor-doktor yang dihormati, saya wanita berumur 22 tahun ingin bertanyakan tentang pernasalahan haid saya. Haid saya lambat seminggu, selepas itu darahnya keluar sedikit. Darah haid keluar banyak ketika saya membuang air kecil. Apa masalah yang dihadapi saya ya?
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang maslah haid anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah haid anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Umur
- Berat badan yang terlalu rendah
- Tekanan emosi atau stress
- Gangguan pemakanan (anoreksia atau bulimia)
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

























