
fatihahbaharom16
4 tahun
Haid lebih 15 hari. Adakah ia normal?
Saya berumur 21 tahun. Pada pertengahan ramadhan yg lepas saya telah datang haid. Namun sehingga ke hari ini masih lagi tidak berhenti. Kuantiti darah yang keluar tidak terlalu banyak. Sebelum ini saya pernah mengalami tidak datang haid selama lebih kurang 2 hingga 3 bulan. Adakah ianya suatu yang normal berlaku pada usia seperti saya? Apakah yang also erlu saya lakukan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.