
Sulit
4 tahun
Haid lebih 15 hari tetapi hari pertama hingga hari ke 15 hanya warna coklat sahaja yang keluar. Selepas hari ke 15 baru darah keluar
Saya mula keluar warna coklat pada 10/11 dan ini berterusan sehingga hari ke-15. Pada hari ke-17, darah baru mula keluar dan kadang-kadang warna coklat. Saya ingin bertanya apakah sebab berlakunya perkara ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahai kerisauan mengenai masalah yang anda sedang hadapi. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mendapat haid yang berpanjangan:
• Dysfunctional uterine bleeding atau perdarahan dari rahim yang terjejas. Kondisi ini merupakan punca yang paling utama untuk perdarahan haid berpanjangan.
• Fibroid, sejenis ketumbuhan otot dari dinding rahim
• Polip di rahim atau di pintu rahim (cervix)
• Endometriosis, sejenis kondisi di mana lapisan dalam dinding rahim yang berada di luar rahim
• Radang pelvis kronik atau pelvic inflammatory disease, biasanya disebabkan oleh jangkitan kelamin
• Hypothyroidism, atau kekurangan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid
• Barah di pintu rahim atau dinding rahim (cervical and endometrial cancer). Kondisi-kondisi ini adalah lebih biasa dalam kalangan wanita yang lebih berusia.
• Syndrom polisistik ovari atau PCOS
• Penyakit bekuan darah atau coagulopathy
• IUCD atau intrauterine contraceptive device
• Ubatan seperti ubatan hormon atau ubatan cair darah
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera jika anda mengalami gejala seperti:
- ingin pengsan
- degupan jantung lemah
- keletihan
- sukar bernafas
- tangan dan kaki menjadi sejuk
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk keterangan pada hari ke-17 pula, darah yang berwarna coklat itu berkemungkinan darah lama yang tidak keluar pada haid yang sebelumnya dan ianya boleh menjadi normal ataupun tidak normal.
Walaupun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai boleh diberikan kepada anda.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.