
Anonymous
5 tahun
Haid lebih 20 hari tanpa henti
Assalamualaikum,Dr. Sy berumur 27 thn. Sy mngalami kitaran haid yg tidam teratur. Hjng tlg lps, sy mngalami mslh yg sama. Pd kli ini kitaran jd tidak teratur smula. Sblum ini sy prnh merujuk dgn doktor. Doktor tersebut mmbuat scan. Katanya sy xda apa2 ketumbuhan. Cuma garisan darah sy itu msh lg tebal. Doktor mmberi sy ubat thn darah. Jd, apa yg sepatutnya su buat ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Apabila haid berlangsung lebih 8 hari, seperti kes anda, hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Justeru, perlu diingatkan bahwa, ketumbuhan hanyalah salah satu kemungkinan penyebab perdarahan yang anda alami. Seandainya tiada perbaikan dengan ubat tahan darah, sebaiknya anda mengunjungi doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut dan diagnosis pasti keadaan anda.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.