
ctsalmah1972
4 tahun
Haid lebih dr sebulan..adakah kerana suntikan perancang yg saya ambil?bagaimana caranya utk menghentikan pendrahan?
Sy wanita 40 an…2 bulan lepas sy ada mengambil suntikan perangcang utk menghalang cyst sy dr membesar…sebulan pertama haid sy langsung x dtang,bulan kedua datang tp skit2 dan berlarutan lebih dr sebulan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, pendarahan yang disebut atau “spotting” merupakan salah satu kesan sampingan suntikan perancang sebelum badan anda melalui proses penyesuaian. Namun begitu, pendarahan yang berlarutan mungkin memerlukan anda mengubah keadah perancang kehamilan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.