Sulit
4 tahun
Haid lebih dri 7 hari dan darah masih byk dan berketul
Haid saya lebih dari tujuh hari dan darahnya msih byk tambahan pula darah keluar seperti hati ayam dan berketul bagaimanakh cara untuk mengendalikan dan merawatnya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kegelishan anda yang mengalami haid berpanjangan bersertakan keluaran darah berketul. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, haid berpanjangan bole disebabkan oleh beberapa perkara.
Antaranya :
- Penggunaan ubat perancang (terutamanya IUCD) atau pil hormon lain
- Berat badan berlebihan (Obesity)
- Uterine fibroids
- Polip rahim
- Adenomyosis
- Kesan sampingan sesetengah ubat
- Masalah tiroid
- PCOS
Kami tidak dapat memberikan jawapan yang tepat mengenai rawatan masalah anda kerana kami perlu mengetahui puncanya terlebih dahulu. Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor pakar sakit puan untuk mengenal pasti punca masalah haid anda dan seterusnya mendapatkan rawatan.
Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi peribadi.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

































