
Sulit
5 tahun
Haid Lebih Sebulan dan Mengesyaki Kanser
Saya perempuan 16 tahun. Saya menghadapi haid selama sebulan lebih dah haid saya setiap bulan tidak teratur. Tetapi pada kali ini, bau pendarahan saya berbeza dari yang biasa dah banyak darah yang keluar apabila saya mencuci bahagian dalam vagina (dimana darah keluar). Jika saya tidak mencuci atau menyentuhnya, hanya sikit darah tetapi bila saya menyentuh dalam pada tempat pendarahan keluar, banyak darah yang keluar. Adakah ini tanda awal kanser rahim atau kanser ovari?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid berpanjangan adalah apabila haid berjalan lebih daripada 8 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Merujuk kepada tindakan mencuci bahagian dalam vagina, sebetulnya keterangan ini memerlukan maklumat lanjut. Hal ini kerana, seharusnya vagina seorang wanita mempunyai kemampuan tersendiri untuk melindungi daripada jangkitan kuman kerana vagina mempunyai flora normal yang bersifat probiotik. Justeru, keterangan anda tentang hal ini perlu dijelaskan bagaimana kerana dikhuatiri sekiranya anda “mencuci” bahagian dalaman vagina anda dengan tenaga fizikal, kemungkinan terjadi trauma atau kecederaan sehingga mengeluarkan darah.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.