Sulit
2 tahun
Haid lewat 2 minggu Saya umur 21 tahun
Saya risau haid saya dh 2 minggu tidak datang … sebelum ni ok jaa .ni kali pertama apa yang patut saya buat … Atau saya perlu ambik ubat apa2
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan emosi atau stress
- Berat badan terlalu rendah
- Gangguan hormon
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Fibroid dalam rahim
- Policystic Ovary Syndrome
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.