
cyberaya82
3 tahun
Haid lewat, 3kali buat upt semua negatif, makan ubat turn haid regividon
Saya wanita berusia 39 tahun dan sudah berkahwin. Saya telah lewat haid selama 10hari. Sy telah membuat upt di rumah sebanyak 3kali menggunakan brand berbeza sebaik sahaja bangun tidur, dah hasilnya semua negatif. Semalam sy pergi berjumpa doktor dan dia memberi ubat turun haid regividon kerana saya tidak mahu hamil lagi berikutan pengalamn kesemua anak sebelum ini sy mempunyai masalah kesihatan sehingga memudaratkan diri sy. Doktor menyuruh sy makan ubat itu pd mln hari sebelum tidur sebanyak 2 biji. Soalannya ialah, adakah 2 biji mencukupi utk sy turun darah haid? Adakah sy perlu menambah dos? Kerana sy benar2 trauma utk hamil. Sy tidak mahu hamil lagi. Boleh sarankan bagaimana untuk sy haid? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda ingin bertanyakan perihal keberkesanan ubat Rigevidon dalam menghalang kehamilan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, Rigevidon adalah gabungan Levonogestres serta Ethinyloestradiol. Kedua-dua komponen kimia ini adalah perancang keluarga jenis hormon yang berkesan untuk memastikan haid. Dos yang diberikan oleh doktor anda juga adalah pada dos yang disarankan dan sepatutnya mencukupi.
Namun sepertimana kaedah perancangan keluarga yang lain, tiada satu kaedah yang akan menjamin anda untuk tidak mengandung selain ligasi pada wanita atau lelaki. Ubat ini juga mempunyai beberapa kesan sampingan iaitu menyebabkan kitaran haid anda tidak teratur.
Bagi maklumat lanjut, sila bertanya kepada doktor atau pakar sakit puan kami. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan