
Sulit
4 tahun
Haid Lewat dan adakah pengunaan ubat sonulat itu bagus?
Saya berumur 16 tahun.Saya tiada Datang Haid selama 2bulan dan saya sudah semak uji kehamilan dan keputusan nya negatif sebnyak 4kali.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang lewat. Untuk makluman anda terdapat beberapa punca haid lewat. Antaranya ialah:
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Senaman
• Tekanan yang berlebihan
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Awal kehamilan
• Penyusuan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk makluman anda, Sunolut adalah merupakan sejenis ubat yang digunakan bagi merawat amenorrhea, perdarahan rahim abnormal, dan endometriosis.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid lewat dan keputihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!