
Sulit
4 tahun
Haid lewat tetapi keputusan ujian kehamilan negatif sebanyak dua kali
Saya wanita berumur 29 tahun. Sebelum ini penah lahirkan bayi pramatang di usia 34minggu. Untuk perancangan keluarga saya telah mengambil suntikan depo selama hampir 2tahun. Sejak september 2020, saya telah hentikan suntikan sebab merancang untuk anak kedua. Bulan pertama & kedua period tidak normal. Setelah itu, period saya normal kembali sehinggalah februari 2021. Sepatutnya saya period pada 30/3/2021 tetapi sehingga kini saya belum datang period. Sepanjang tempoh tidak period, saya telah lakukan ujian kehamilan sebanyak dua kali tapi kedua-keduanya menunjukkan keputusan yang negatif. Apa yang patut saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kehamilan
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda disebabkan anda berasa tidak selesa dengan keadaan yang dialami oleh anda.
Sebagai maklumat tambahan, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh aliran atau pendarahan pula di antara 2 hingga ke 7 hari. Kami sarankan anda untuk merekodkan kitaran haid beliau di dalam diari atau aplikasi telefon pintar supaya dapat dijadikan rujukan oleh anda dan doktor pada masa hadapan.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.