
Sulit
4 tahun
Haid perpanjangan, bawah perut sebelah kanan kekadang sakit dan mengeraskan dan kekadang hilang
Hello doktor, umur saya 24 tahun, baru2 ni saya mngalami haid yg berpanjangan setelah sebulan tidak haid kerana haid kadang kadang terganggu… 8 sept adalah due date haid saya dan saya period tepat pada tarikh due date tersebut, cuma sampai sekarang 23 sept saya masih mengalami haid seperti di hujung2 darah haid yg sedikit dan sampai sekarang masih ada… normally period saya akan ambil masa 7 atau 8 hari sahaja tapi kali ini berbeza, saya kerap rasa cramp di bhgian bawah perut sebelah kanan dan kadang2 mengeras, kadang kadang hilang … apakah itu yg mngyebabkan haid saya berlarutan doktor?? Saya risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah haid yang berpanjangan setelah tidak kedatangan haid selama sebulan, serta disampingi oleh senggugut yang berlebihan dan mengeras.
Untuk makluman anda, masalah haid tidak teratur pada biasanya boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor am seperti terlebih senaman, pemakanan dan juga gangguan stress. Namun, haid yang berpanjangan dan sakit boleh menandakan beberapa penyakit seperti:
- Ketumbuhan fibroid dan polip.
- Keradangan pada pelvis yang boleh disebabkan oleh jangktian STI (Sexual transmitted infections)
- Kanser rahim atau ovari (kerap berlaku pada usia tua)
- Ketumbuhan tisu rahim pada organ-organ luar rahim (endometriosis)
- Penyakit tisu rahim yang tumbuh masuk kedalam menembusi otot-otot rahim (Adenomyosis)
- Masalah pendarahan yang berlaku secara turun temurun.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah yang anda hadapi bagi menajalani siasatan lanjut untuk mengenalpasti punca tersebut dan mendapatkan rawatan yang sesuai. Kami juga ingin menasihati anda agar untuk berbuat demikian untuk mengekalkan kesihatan reproduksi anda seperti:
- Dapatkan berat badan yang seimbang
- Amalkan senaman yang seimbang
- Amalkan pemakanan yang sihat dan mengandungi tinggi fiber dan vitamin.
- Kurangkan stress
- Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi.
ika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!