
Sulit
5 tahun
Haid pertama selepas bersalin
Saya baru melahirkan secara czar. Darah selepas bersalin selama 2 minggu Dan selepas 2 minggu saya satang haid pertama selepas bersalin. Dan sy terus mengambil pil perancang yasmin pada hari ke 5 haid. Tapi haid sy sampai harini sudah 11 hari. Adakah itu normal atau tidak. Atau adakah perancang yasmin tidak sesuai dengan sy.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, antara kesan sampingan pil perancang yasmin adalah gangguan kepada kitaran haid seperti menyebabkan spotting atau pendarahan antara haid, tidak datang haid atau haid berlebihan. Gejala yang anda hadapi boleh jadi disebabkan oleh pengambilan pil tersebut. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk merujuk perkara ini kepada doktor bagi mendapatkan pandangan tentang alternatif pil perancang atau kaedah perancang kehamilan yang lain.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.