
Sulit
3 tahun
Haid sakit dan datang balik
saya berusia 19 tahun. semenjak di sekolah menengah lagi setiap kali datang haid saya akan mengalami senggugut yang sangat sakit sampai tidak larat dan sukar untuk tidur. makan ubat pada setiap hari period pain pon tak jalan dn tuam juga. saya juga mengalami sakit belakang pinggang dan kadang ii sakit perut cirit birit. dan setiap kali haid akan keluar darah berketul seperti daginggg yang bersaiz 50 sen/ penutup botol air begitu. adakah ia normal ? dan betulke ade side effect kalau selalu mengambil panadol menstrual ?
kemudian selepas seminggu lebih habis haid, ia datang balik tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja dalam sehari. ia berlangsung selama beberapa hari.

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid bersakitan. Kami akan cuba membantu anda.
Pendarahan banyak semasa haid (menorrhagia) sebenarnya merupakan masalah yang dihadapi oleh ramai wanita. Pendarahan ketika haid dianggap banyak sekiranya ia berlangsung selama 7 hari, menyebabkan tuala wanita anda dipenuhi darah setiap 1 jam selama beberapa jam, memakai 1 pad untuk mengelakkan limpahan, perlu menukar pad pada waktu malam dan pelepasan ketulan darah beku lebih besar daripada syiling bersaiz 20 sen.Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Fibroid atau polip
- Adenomyosis
- Ovulasi yang tidak teratur
- Ubat-ubatan seperti penipis darah dan aspirin
- Alat kontraseptif intra-rahim boleh menyebabkan haid yang lebih berat pada peringkat awal selepas ia dimasukkan
- Penyakit yang menyebabkan darah sukar untuk membeku
- Endometriosis
- Kehamilan di luar rahim (kehamilan ektopik) atau keguguran
- Penyakit radang pelvik (Pelvic inflammatory disease)
- Kanser organ-organ reproduktif
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya terangan dan sejarah yang dibuat, dan ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.