
Sulit
4 tahun
Haid satu ketul sahaja dalam satu hari
saya berumur 21 tahun, sebelum ini haid datang seperti biasa dalam 5-8 hari sebulan tapi tak menentu, kadang2 awal dan kadang2 lambat setiap bulan, masalah saya adalah sejak 3-4 bulan yang lalu sehingga sekarang, haid saya teramat sedikit, boleh dikatakan dalam sehari sahaja dan ianya hanya satu ketul, selepas itu tiada lagi darah, cuma kuning2 dan habis dalam waktu satu hari, ape masalah yg saya sedang hadapi ? risau pulak sbab sebelum ni okey je

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!