Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor-doktor kami boleh menulis dalam Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris | |
Doktor bertauliah | |
Semua doktor di DoctorOnCall adalah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia | |
Privasi Terjamin | |
Sebarang data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak | |
Pantas Dan Cekap | |
Sebarang pertanyaan anda akan dijawab oleh doktor degan segara |
Dijawab oleh: Dr Ramzdhan
Umur saya 20 tahun. Period first saya masa umur 12, memang haid saya teratur tapi sejak kebelakanagn ni selalu keluar ketul tu. Selagi tak keluar ketul besar tu, mesti senggugut smapi tak boleh bangun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Ketulan darah yang keluar ketika datang haid ini biasanya tidak merujuk kepada apa-apa masalah.
Untuk makluman pihak anda, ketulan darah ini berlaku disebabkan pembekuan darah apabila lapisan rahim menumpahkan jumlah darah yang banyak. Apabila darah berkumpul di rahim atau vagina, ia akan mula membeku seperti yang berlaku pada kulit yang terluka.
Tetapi kadang-kadang ia boleh menjadi tanda penyakit tertentu terutama sekiranya berlaku gejala seperti:
Antara masalah yang boleh menyumbang kepada gejala ini adalah:
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.