
Sulit
4 tahun
Haid saya Lambat Datang, UPT result Negative
hi. saya wanita berumur 26tahun. telah berkahwin. sepatutnya period akn dtg on 11/11/20. but till now tak datang lagi. and 17/11(semalam) saya check UPT. result negative. but symptoms like perut mcm kembung sikit and badan cepat letih. ada kemungkinan saya pregnant ke? or adakah saya patut tunggu next cycle punya period? thx.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ujian kehamilan akan menjadi lebih tepat selepas 2 minggu haid lewat. Ini adalah kerana ujian kehamilan akan mengesan hormon hCG (human chorionic gonadotropin) yang sedang meningkat di awal fasa kehamilan. Namun begitu, terdapat juga punca-punca lain yang boleh menyebabkan kitaran haid lewat termasuklah:
• Gangguan hormon
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Alat mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga, IUCD atau suntikan hormon
• Ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon serta ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan boleh mengganggu kitaran haid
Tekanan emosi, stres, kurang tidur, letih, makan tidak mencukupi, jadual makan yang tidak tetap serta susutan atau tambahan berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan haid lewat untuk beberapa hari dan perdarahan haid juga mungkin akan bertambah atau berkurangan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!