
Anonymous
6 tahun
Haid saya tak dtg tiga bulan.. Bulan lepas haid datang 2 hari je
Saya berusia 20tahun… Saya dah berkhawin. Tapi masih tak ada anak.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Antara sebab-sebab yang boleh menyebabkan kitaran haid wanita yang tidak teratur termasuk:
- Pengambilan pil kontraseptif
- Penggunaan alat perancang kehamilan dalam rahim
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu
- Berat badan terlalu rendah atau mengalami masalah aneroxia atau bulimia
- Tekanan emosi
- Terlibat dengan aktiviti fizikal yang berat atau terlalu sibuk
- Polycystic ovarian syndrome
- Masalah tiroid atau pituitari
- Masalah struktur ovari, uterus atau cerviks seperti lubang cerviks yang sempit
Jika anda juga mengalami masalah kesukaran untuk hamil, anda perlu merujuk kedua-dua masalah ini dengan lebih lanjut sebaiknya kepada pakar sakit puan. Maklumat lanjut, pemeriksaan dan ujian mungkin diperlukan untuk mengesan punca masalah yang anda hadapi ini. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma bagi penerangan lanjut. Terima kasih.