
Sulit
4 tahun
Haid sedikit berpanjangan
saya wanita berumur 36 thun mempunyai seorang anak berumur 7thun,sy mgalami haid sdkit berpanjangan berbulan-bulan lamanya,sy telah berjumpa doktor beberapa kali tapi kesannya tetap sama,tidak ada perubahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah haid berpanjangan, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis
- Adenomyosis
- Masalah kelenjar tiroid
- Masalah sistem pembekuan darah
- Penggunaan ubat cair darah
- Aktiviti harian yang terlalu padat
- Tekanan emosi atau stres
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Kanser rahim, serviks atau ovari.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca mengapa anda mengalami masalah sedemikian kerana pemeriksaan lanjut perlu dilakukan terlebih dahulu. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor pakar supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Rawatan akan diberikan berdasarkan diagnosis yang diberikan oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.