
Sulit
5 tahun
Haid sedikit dan berpanjangan sehingga lebih 3minggu
Saya seorang wanita bujang berumur 26 tahun… Sebelum ini haid saya normal 7hari sebulan sekali… 3 bulan lepas saya telah menukar gaya hidup dan diet kepada yg lebih sihat… Berat bdn sy sebelum ini 54kg dan skrg 48kg… Hampir sebulan yg lepas emosi saya sgt terganggu dan selepas itu haid sy sedikit setiap hari dan berpanjangan sehingga ke hari ini lebih 3 minggu…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, masalah tiroid ataupun perubahan berat
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak dijumpai
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti penggunaan aspirin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.