
Sulit
3 tahun
Haid sedikit slps vaksin
Say berumur 48 tahun.Sblm ini saya dtg haid setiap bulan tetapi selepas mengambil vaksin COVID-19 saya tidak haid selama 2 bulan dan skrg sudah hari ke tiga datang haid tetapi sedikit.Apa ubat yg perlu saya ambil.Bagi melancarkan haid saya.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- usia
- berat badan yang terlalu rendah
- tekanan emosi
- gangguan pemakanan
- policystic ovary syndrome (PCOS)
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.