
Anonymous
5 tahun
Haid sedikit tp berpanjangan
Sy wanita berumur 27 dah berkhawin 4thun blm mempunyai zuriat. Disini sy ingin tnya soalan berkaitan haid yang lama. Tp sedikit… Sy dtg haid 15- 18hb5 sedikit je. Lps tu dtg lagi 31hb5-10hb6.td dah bhntian skrg dtg balik. Haid sy mmg tak menentu. Kdg 3bulan skali kdg2 tu tiap bulan tk sma trikh. Sy tak penah priod lama. Apa perlu sy buat skrg ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang isu tersebut. Untuk pengetahuan anda, penggunaan steroid tidak akan menyebabkan effek yang terus terhadap kitaran haid.
Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelumkesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.